Polis sedang mengesan kumpulan motosikal buat bunyi bising

Tangkap layar rakaman video sekumpulan remaja membuat bising menggunakan ekzos motosikal.

 

KLANG – Polis sedang mengenal pasti sekumpulan remaja yang tular membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal dengan kuat di sekitar Meru di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, perkara itu dikesan pihaknya menerusi laman Facebook persatuan penduduk Meru, kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Katanya, video tular berdurasi lebih seminit itu memaparkan tindakan remaja berkenaan yang mengganggu orang awam.



“Kita setakat ini belum menerima laporan berkaitan insiden berkenaan. Polis masih sedang mengenal pasti kumpulan remaja yang membuat bising tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Vijaya Rao meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222 atau balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan video tular itu, kumpulan remaja berkenaan rata-ratanya dilihat berpakaian baju Melayu dan beredar dari lokasi insiden dengan motosikal masing-masing.

Tindakan itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai biadab dan tidak menghormati orang awam lain. –



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker