Berebut kereta demi beraya, adik mengaku tak salah serang abang guna pisau

Berebut kereta demi beraya, adik mengaku tak salah serang abang guna pisau

Seorang lelaki berdepan tuduhan di mahkamah sesyen Ayer Keroh, Melaka, kerana mencederakan abang kandungnya menggunakan pisau pemotong ayam selepas berebut kereta untuk beraya, pada 2 Mei.

Nabil Sarip, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dibacakan pertuduhan itu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap abangnya, Muhamad Farok, 38, dengan menggunakan pisau pemotong ayam, di sebuah rumah di Jalan TMJ 19 Taman Tanjung Minyak Jaya, di daerah Melaka Tengah, kira-kira 10 pagi.

Menurut laporan Harian Metro, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari membantah jaminan atas faktor keselamatan mangsa, namun mencadangkan ikat jamin tinggi jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkannya.

Peguam Amritpal Singh merayu jaminan rendah kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pembantu di pusat bowling serta menanggung ibu bapa yang uzur.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dilarang mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa dalam apa jua cara.

Beliau kemudian menetapkan 7 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, peguam ketika ditemui di luar mahkamah, berdasarkan fakta kejadian, dipercayai berlaku selepas tertuduh dan mangsa bertengkar kerana berebut pacuan empat roda Toyota Hilux milik ibu mereka untuk pergi beraya. FMT

Berebut kereta demi beraya, adik mengaku tak salah serang abang guna pisau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker