Empat mahasiswa terpedaya sindiket kerja sambilan

Empat mahasiswa terpedaya sindiket kerja sambilan

KUANTAN – Polis menerima laporan daripada empat mahasiwa dipercayai menanggung kerugian sejumlah RM26,577.90 setelah terpedaya dengan skim kerja sambilan yang tidak wujud semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri Pahang, Deputi Superintendan Yap Huat Tian berkata, kempat-empat mangsa mendakwa telah menerima tawaran kerja sambilan melalui aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook.

“Kesemua mangsa berusia 20 hingga 28 tahun merupakan penuntut diploma di Kuantan, Temerloh, Karak dan Rompin.

“Mangsa telah dijanjikan akan mendapat keuntungan setiap penjualan sebanyak 20 peratus daripada setiap barangan dijual yang dibekalkan oleh scammer kepada pembeli ditetapkan oleh syarikat scammer,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MGP190422002.jpg?resize=300%2C200&ssl=1
DSP Yap Huat Tian
Jelas Yap Huat, mangsa akan ditawarkan harga jualan barangan berserta komisyen dijanjikan bagi tugasan kali pertama dan kedua.

Namun bagi tugasan kali ketiga dan seterusnya, mangsa tidak menerima apa-apa bayaran lagi dengan pelbagai alasan diberikan.

Mangsa seterusnya diperdaya dan disuruh membeli barangan lain dengan memasukkan wang ke akaun bank berlainan nama pemiliknya untuk mendapatkan hasil jualan dan komisyen kali ketiga, keempat.

Kemudian desakan membeli barangan dengan harga semakin meningkat sehingga mangsa tidak berkemampuan untuk teruskan dan akhirnya panggilan telefon mangsa disekat.

Katanya apabila menyedari diri mereka tertipu dengan skim tersebut, kesemua mangsa hadir ke balai polis membuat laporan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan

“Justeru polis menasihati orang ramai supaya jangan percaya dengan apa-apa iklan tawaran kerja atas talian yang menawarkan pulangan yang lumayan.

“Semakan akaun keldai sentiasa boleh diperolehi daripada Semak Mule CCID secara atas talian,” katanya. MG

Empat mahasiswa terpedaya sindiket kerja sambilan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker