Arsalan Asad seronok dapat berbaju Melayu lengkap bersamping

Arsalan Asad seronok dapat berbaju Melayu lengkap bersamping

Pelakon Pakistan yang pernah membintangi drama terbitan Zeel Production, Sara Sajeeda iaitu Arsalan Asad Butt, 29, teruja apabila dapat mengenakan baju Melayu lengkap bersamping sempena Aidilfitri yang disambut di negara itu, hari ini.

Arsalan berkata, dia menonton di YouTube cara mengikat kain samping dan mengambil masa 10 minit.



“Penerbit, Haji Zeel (Fadzil Teh) yang mengirimkan baju Melayu ini untuk saya pakai pada hari raya ini. Saya okay saja sebab sebelum ini pernah pakai baju Melayu ketika terbabit dalam penggambaran drama Sara Sajeeda di Kuala Lumpur.

“Sewaktu penggambaran ada yang tolong ikatkan samping, tapi hari ini saya kena buat sendiri. Jadi, saya kena tengok di YouTube. Tidak lah susah sangat. Dalam 10 minit siap, walaupun tak sempurna sangat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Arsalan, dia sudah lama jatuh cinta dengan budaya orang Melayu di Malaysia.

“Saya memang suka budaya dan tradisi orang Melayu Malaysia, termasuklah makanan dan orangnya,” katanya. HM



Arsalan Asad seronok dapat berbaju Melayu lengkap bersamping


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker