Tanya khabar jiran alami kesusahan pada Syawal – Najib

Tanya khabar jiran alami kesusahan pada Syawal – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan supaya umat Islam untuk meluangkan masa bertanya khabar dengan jiran tetangga.

Najib berkata, ia kerana ada dalam kalangan mereka menghadapi kesusahan dan kesempitan wang.



“Bantulah, jagalah mereka dan keluarga.

“Hulurkan sumbangan di mana diperlukan dan iku kemampuan.

“Pastikan segalanya mencukupi untuk mereka dan keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan orang ramai supaya bertemu dengan petugas barisan hadapan untuk memberi kata-kata semangat.



“Ada juga yang tidak dapat sambut raya kerana urusan kerja seperti petugas barisan hadapan, warga perubatan dan anggota keselamatan.

“Jika berkesempatan bertemu mereka, sampaikan salam Hari Raya dan berikan kata-kata semangat juga.

“Ribuan terima kasih atas jasa dan pengorbanan saudara-saudari demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Tanya khabar jiran alami kesusahan pada Syawal – Najib




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker