Restoran ditutup seminggu kerana chef putus cinta

Restoran ditutup seminggu kerana chef putus cinta

Sebuah restoran di Jurong, Singapura terpaksa ditutup selama seminggu berikutan keadaan tukang masak atau chef yang didakwa baru sahaja putus cinta, lapor laman berita Detik semalam.

Menurut portal berita Mothership, restoran bertemakan barbeku dan makanan laut itu hanya akan dibuka semula selepas keadaan cefnya kembali ‘pulih’.



Menerusi notis yang dilekatkan di hadapan premis, restoran Bro’s BBQ itu menyatakan, chef di restoran tersebut sedang patah hati sehingga tidak dapat memasak untuk pelanggan.

“Chef kami baru sahaja putus cinta. Dia memerlukan sedikit masa untuk menenangkan fikirannya dan menyendiri di tepi laut. Kami akan berehat sebentar selama seminggu dan jangan risau kerana cef kami tidak akan terjun ke dalam laut,” demikian menurut notis tersebut.

Imej notis itu seterusnya dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook dengan ramai pengguna memberikan pelbagai pendapat.

“Semoga cef tidak terlalu lama kecewa. Pasti rasa patah hati itu terlalu mendalam sampaikan restoran terpaksa ditutup,” kata seorang netizen.



Bagaimanapun, menurut pemilik restoran itu yang dikenali sebagai Ye, notis tersebut sebenarnya hanyalah satu cara kreatif yang dilakukan bagi memberitahu pelanggan mengenai penutupan sementara premis itu.

Menurut Ye, chef restoran itu sebenarnya bukan kecewa akibat putus cinta, sebaliknya dipindahkan ke cawangan lain kerana kekurangan pekerja.

Tambah lelaki itu, kebanyakan pekerjanya merupakan warganegara Malaysia yang pulang ke negara asal mereka selepas dua tahun tidak dapat melakukan demikian akibat sekatan Covid-19.

“Saya hanya bergurau. Chef kami dalam keadaan baik,” katanya. K Online



Restoran ditutup seminggu kerana chef putus cinta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)



Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker