Adakah “si menang menentang, si kalah bercuti” akan berulang dalam PKR?

Adakah “si menang menentang, si kalah bercuti” akan berulang dalam PKR?

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang merebut jawatan timbalan presiden PKR berkata, beliau sudah merasakan kemungkinan berlaku penentangan terhadap presiden, tetapi tidak menamakan sesiapa.

Saifuddin Nasution berkata, ahli-ahli parti bimbang kemungkinan berlaku keadaan “si menang mengkhianati parti” dan “si kalah mengambil cuti” akan berulang.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, beliau memilih untuk percaya bahawa tidak kira apa jua keputusan pemilihan dan siapa yang menjadi timbalan presiden, mereka tidak akan menderhaka kepada parti.

Pertarungan untuk timbalan presiden dilihat sengit apabila “raja bongkar” Mohd. Rafizi Ramli yang mengumumkan pengunduran sebelum ini kembali untuk merebut jawatan itu dalam pemilihan PKR dari 13 Mei hingga 20 Mei.

Mengenai pemilihan itu, Saifuddin berkata, beliau menerima banyak panggilan ahli yang menyatakan kesukaan terhadap Mohd. Rafizi tetapi menghormati Saifuddin pada masa yang sama.

“Mereka berkata PKR memerlukan Mohd. Rafizi selepas pelbagai kekalahan parti, tetapi mereka juga menyatakan bahawa PKR akan stabil dengan adanya Saifuddin yang bergaul dengan semua kem.

“Mereka nampaknya berasa susah mahu memilih, tetapi saya memberitahu mereka bahawa saya akan kekal berada dalam parti,” katanya dalam wawancara bersama China Press.

Sebagai rekod, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa menjadi timbalan presiden PKR sering menentang Anwar sebelum meninggalkan parti itu.

Mohd. Rafizi pula kecundang dalam perebutan jawatan timbalan presiden sebelum dilantik sebagai naib presiden, tetapi beliau kemudian memilih untuk berundur dari politik.

Saifuddin berkata, berbanding “Azmin lawan Rafizi” sebelum ini, apa yang berlaku sekarang adalah “Saifuddin lawan Rafizi.”

“Yang menang tidak akan mengkhianati parti dan yang kalah tidak akan meninggalkan parti,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ketika menerima wawancara Sinchew Daily berkata, walaupun menerima kritikan, Anwar bukan liabiliti tetapi aset terbesar PKR.

Ahmad Fahmi tidak bersetuju bahawa Anwar perlu berundur, tetapi semangat Anwar yang sanggup berkorban termasuk meringkuk selama 11 tahun dalam penjara menjadikan beliau aset penting.

Walaupun Ahmad Fahmi dilihat sebagai condong ke arah Saifuddin Nasution, tuan punya badan bagaimanapun berkata, beliau lebih cenderung kepada “kem Anwar.”

Menurut Ahmad Fahmi, imejnya yang dilihat pro-Saifuddin Nasution mungkin disebabkan mereka pernah bersama-sama membina semula parti yang menerima tamparan hebat daripada “Langkah Sheraton.” MG

Adakah “si menang menentang, si kalah bercuti” akan berulang dalam PKR?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker