Amaran hujan lebat di ibu negara petang ini



Amaran hujan lebat di ibu negara petang ini

Kuala Lumpur diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, beberapa daerah di 10 negeri turut diramal mengalami cuaca yang sama.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim). Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang). Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Dungun). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin),” kata kenyataan itu hari ini.




Menurut MetMalaysia lagi, cuaca yang sama diramal dialami di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor, manakala Negeri Sembilan di Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin.

“Johor pula dijangka di Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi, manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Ranau dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau dan Kunak),” kata kenyataan itu. K Online

Amaran hujan lebat di ibu negara petang ini


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.