Jangan jadikan penghinaan, fitnah Mahkamah Syariah satu norma baharu

Jangan jadikan penghinaan, fitnah Mahkamah Syariah satu norma baharu

Apa sahaja bentuk penghinaan dan fitnah terhadap Mahkamah Syariah bertujuan menjatuhkan kredibiliti serta menghakis kepercayaan rakyat adalah suatu ancaman terhadap kedaulatan agama Islam.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, tindakan itu satu penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selaku Ketua Agama di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Dapatan oleh Mahkamah Syariah bahawa Maria Chin Abdullah telah sabit melakukan penghinaan memberi isyarat ahli legislatif perlu lebih berhati-hati dalam tindakan mereka dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan kedudukan tanpa mengira sensitiviti.

“Pembela mengalu-alukan ketegasan Mahkamah Syariah dalam pensabitan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, menjatuhi hukuman penjara kepada Maria Chin selama tujuh hari berkuatkuasa serta-merta.

Hakim Mohamed Faouzi Mokhtar menjatuhi hukuman tersebut selepas mendapati Ahli Parlimen Petaling Jaya itu telah menghina mahkamah berkait dengan kes membabitkan Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, Emelia Hanafi.

Dalam pada itu, Pembela melahirkan rasa kesal dan marah terhadap tindakan Maria Chin selaku seorang wakil rakyat yang telah menjadi contoh buruk dan mampu mendorong kelompok-kelompok tertentu.

“Pembela khuatir ia akan terus menjadi rakus memperlekeh perundangan Syariah di Malaysia yang pada mutakhir ini semakin menjadi-jadi,” katanya.

Pembela ingin menegaskan agar Mahkamah Syariah diangkat ke kedudukan lebih tinggi agar penghinaan-penghinaan sebegini dapat dibendung dengan lebih efektif selain memperkasakan sistem perundangan syariah di Malaysia.

“Mahkamah Syariah hendaklah tegas memberi penghakiman tanpa campur tangan pihak luar ataupun dalaman mereka sendiri.

“Mahkamah Syariah juga tidak seharusnya diberi tekanan oleh mana-mana pihak di dalam membuat keputusan yang adil,” katanya.

Katanya lagi, Pembela mempersoalkan status usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui RUU355 yang telah dipandang sepi walaupun telah dijanji oleh mereka yang kini memegang tampuk kuasa.

“Pembela ingin mengajak rakyat Malaysia agar sensitif dan cakna terhadap isu-isu semasa terutamanya yang menggugat maruah dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya. MG

Jangan jadikan penghinaan, fitnah Mahkamah Syariah satu norma baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker