Muhyiddin dakwa Kerajaan Perpaduan mahu ‘ubah sempadan’ jadikan 222 kepada 300 kerusi parlimen

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) mendakwa Kerajaan Perpaduan akan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menambah kawasan pilihan raya daripada 222 kepada 300 kerusi jika memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu hanya boleh dibuat jika Kerajaan Perpaduan mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Oleh itu katanya, adalah penting bagi pengundi Pulai menyekat langkah pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung persempadanan itu dengan memenangkan calon PN di Pulai, Zulkifli Jaafar pada 9 September nanti.



“Masalah sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang agak sukar, kalau kita bagi kemenangan kepada calon di sebelah sana, maka kerajaan yang ada hari ini mempunyai sejumlah dua pertiga kerusi di Parlimen.

“Dua pertiga kerusi di Parlimen ini ada signifikan kerana untuk meminda Perlembagaan Persekutuan mesti ada majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga ahli-ahli Parlimen menyokong pindaan Perlembagaan.

“Kita jangkakan persempadanan semula atau kita sebut ‘gerrymandering’ ini akan berlaku dalam tempoh beberapa tahun dalam penggal ini. Namun ia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa ada kelulusan Parlimen yang memerlukan undi dua pertiga untuk memastikan pindaan itu dapat dibuat.

“Jadi sekarang ini, kalau mereka menang di Parlimen Pulai 9 September ini, mereka akan dapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Maka kerajaan Perpaduan akan pinda kawasan sempadan pilihan raya, macam mana tuan-tuan fikir dia nak buat,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana PN di Kempas, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan calon PN bagi PRK Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, dijangkakan Kerajaan Perpaduan mungkin menambah kawasan pilihan raya negara ini daripada 222 ketika ini kepada 300 kerusi.

“Di mana kawasan yang dia (Kerajaan Perpaduan) nak tambah, mungkin di kawasan bandar-bandar yang mana terdapat kepadatan penduduk. Ini bukan soal isu perkauman, ini realiti geopolitik yang sudah ada di sini dan juga di tempat-tempat lain.



“Ini diistilahkan sebagai ‘gerrymandering’ di mana kawasan yang orang tak sokong dia (kerajaan Perpaduan) dia keluarkan, masuk ke tempat lain, dia kumpulkan ke satu tempat.

“Dia hanya ambil orang-orang yang sokong, dan ditambah kerusi-kerusi baharu bagi menjamin kemenangan mereka dalam pilihan raya. Kalau ikutkan keadaan sekarang ini majoriti kawasan bandar akan dilakukan persempadanan semula manakala untuk Kedah, Kelantan, Terengganu dan negeri di utara mungkin tidak ditambah banyak,” katanya.

Muhyiddin berkata, pengundi di Pulai boleh menghalang cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu jika menyekat majoriti dua pertiga Kerajaan Perpaduan dengan memenangkan calon PN di Parlimen Pulai hujung minggu ini.

“Jika kerajaan Perpaduan cukup majoriti sudah tentulah itu akan dilakukan namun kita pengundi kena fikir kesan dan impak persempadanan semula yang cukup besar ini. Sudah tentu kawasan di bandar yang dikuasai terutama DAP akan bertambah berganda namun apa akan jadi kepada kita nanti” katanya.



Isu dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat adalah tema kempen bagi PN dan PH pada PRK Parlimen Pulai yang memiliki 166,563 pengundi berdaftar.

Kerusi Parlimen Pulai kosong berikutan kematian penyandang, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, menyaksikan parti gabungan kerajaan kini memiliki 147 kerusi di Dewan Rakyat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker