Muhyiddin mahu PM runding dengan PN tarikh bubar parlimen

Muhyiddin mahu PM runding dengan PN tarikh bubar parlimen

Pengerusi Perikanan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengingatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa gabungan parti itu perlu dilibatkan dalam rundingan bagi menentukan tarikh pembubaran parlimen.

Menurut anggota Parlimen Pagoh itu, ia antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan mereka yang berlangsung semalam.

“Saya juga antara lain mengingatkan perdana menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk kerajaan persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran parlimen,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu selain Muhyiddin pertemuan yang disusuli majlis berbuka puasa itu juga turut dihadir pemimpin utama parti-parti PN.

Antaranya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Presiden Star, Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.

“Kami membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

“Dalam pertemuan ini perdana menteri menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam kerajaan persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara,” kata Muhyiddin lagi. Mk

Muhyiddin mahu PM runding dengan PN tarikh bubar parlimen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker