RUU Anti Lompat: Hadi nak ahli parlimen bukan Islam baiahvmacam mana?

RUU Anti Lompat: Hadi nak ahli parlimen bukan Islam baiahvmacam mana?

Beberapa sumber yang tahu berkenaan perkara itu memberitahu kabinet sebaliknya memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan undang-undang antilompat parti diluluskan pada masa akan datang.

Menurut sumber, sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini akan diteruskan seperti dirancang.



Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti tidak perlu dibuat secara tergopoh-gapah disifatkan sangat mengelirukan, kata Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail.

Bekas ahli parlimen Indera Mahkota itu mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti itu mempunyai cara tersendiri menyelesaikan isu lompat parti iaitu melalui amalan baiah.

“PAS sepatutnya sebagai pihak kerajaan tidak boleh bertindak mengelirukan rakyat Malaysia mengenai pendirian mereka.

“Bagaimana Presiden PAS hendak memperkenalkan baiah kepada kesemua 222 ahli parlimen yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya.



Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata parti itu berpendapat RUU Antilompat Parti memerlukan penelitian lebih lanjut.

Abdul Hadi berkata PAS mengelakkan tindakan ahli-ahli politiknya daripada melompat parti melalui baiah.

Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan di mana individu yang berbuat demikian kepada sesebuah parti sama seperti membuat janji taat setia dan akur terhadap keputusan parti mereka.

“Apakah pendirian PAS sekiranya selepas PRU masih ada lompat parti dan ‘katak-katak’ dibiarkan begitu sahaja.



“Sebab itu akta antilompat parti perlu disegerakan. Harap-harap kerajaan hari ini tidak terheret sama dengan pendirian mengelirukan PAS,” kata Azan.

Pada Rabu lalu, Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan kerajaan tidak akan meneruskan rancangan membentangkan RUU antilompat parti.

Beberapa sumber yang tahu berkenaan perkara itu memberitahu kabinet sebaliknya memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan undang-undang antilompat parti diluluskan pada masa akan datang.

Menurut sumber, sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini akan diteruskan seperti dirancang. Mk



RUU Anti Lompat: Hadi nak ahli parlimen bukan Islam baiahvmacam mana?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara



Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker