Ramai geram lihat reaksi keluarga jalan melenggang, anak hampir dilanggar [VIDEO]

Tangkap layar video memaparkan kejadian seorang kanak-kanak melintas jalan secara tiba-tiba sehingga hampir dilanggar oleh kenderaan lain.

PETALING JAYA – Setiap ibu bapa atau penjaga diingatkan untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya ketika berada di kawasan tumpuan ramai temasuklah semasa melalui di laluan tepi jalan raya.

Semalam, tular sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak melintas jalan secara melulu sehingga hampir dilanggar oleh kenderaan lain yang melalui laluan tersebut.

Namun, menjadi perhatian ramai adalah gelagat ibu bapa kanak-kanak berkenaan dilihat seperti tidak memahami situasi yang berlaku.

Menerusi rakaman kamera papan kemuka (dashcam) sebuah kenderaan, mereka hanya berjalan secara santai menuju ke arah kanak-kanak terbabit dan langsung tidak meminta maaf kepada pengguna lain susulan kesalahan anaknya itu.

Meninjau ke ruangan komen video yang dikongsikan oleh Kosmo! Online di Facebook, rata-rata orang ramai marah dengan sikap kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut yang lalai mengawasi anak mereka sehingga mengundang bahaya.

“Selamba sahaja mak dia jeling ke kereta itu, tak minta maaf pun, yang salah dia tak reti jaga anak, bukan pemandu kereta, mana nak perasan kalau budak main lintas jalan macam itu,” komen Syahril.

“Mujur jumpa dengan orang sabar, kalau jumpa ayah aku ini, sampai berbuka dia maki mak ayah budak itu,” ujar seorang pengguna.

Ramai ibu bapa macam ini, tak nak pegang tangan anak bila berjalan, lagi-lagi ikut laluan jalan raya,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker