Pemandu lori cedera dihempap kontena jatuh 12 meter [VIDEO]

Tangkap layar klip video kemalangan yang dikongsi pengguna yang melalui kawasan kemalangan di Pulau Indah sebentar tadi.

Laluan dari Pulau Indah dan Pelabuhan Barat menghala ke Telok Panglima Garang dekat simpang ke Laguna Park Pulau Indah dilaporkan terhalang sepenuhnya ketika ini.

Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

Ia susulan kemalangan melibatkan sebuah kontena yang terjatuh dari sebuah jejambat berdekatan susur keluar ke Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Difahamkan kontena yang dibawa sebuah lori dari atas jejambat tersebut telah terjatuh sehingga menghempap beberapa buah lori lain di bawahnya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Trafic Info Crew, beberapa klip video yang memaparkan kejadian itu telah dimuat naik dan keadaan di kawasan tersebut ketika ini sesak.

“Menurut info yang diterima, sebuah lori kontena hilang kawalan ‘overlap’ semasa melalui selekoh di susur flyover SKVE lalu terbalik diatas flyover menyebabkan muatan kontena yang dibawa jatuh ke bawah menghempap lori kontena lain.

“Laluan dari Westport (Pelabuhan Barat) menghala Kesas terhalang sepenuhnya,” tulisnya di Facebook.

Seorang pemandu lori cedera apabila dihempap sebuah kontena yang jatuh pada ketinggian lebih 12 meter di Jalan Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, mangsa dikenali Rusaini Hassani, 49, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan lanjut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.17 tengah hari.

Katanya, maklumat mendapati sebuah kontena berisi kotak kitar semula dari sebuah lori telah terjatuh dari atas jejambat.

“Kontena itu kemudiannya menghempap dua buah lori yang sedang melalui di bawah jejambat.

“Salah satu daripada lori tersebut dihempap di bahagian hadapan menyebabkan pemandunya tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa yang dikeluarkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, insiden tersebut tular menerusi beberapa video di media sosial dengan berlakunya kesesakan di lokasi berkenaan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker