Pembubaran Parlimen demi kemaslahatan dan masa depan rakyat
KUALA LUMPUR: UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ia langkah yang tepat bagi memberi kuasa penentuan kepada rakyat untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran negara.
Dalam hantaran Facebook rasminya beliau berkata UMNO berjiwa besar pada 2020 merestui sebilangan wakil rakyatnya bekerjasama dalam membentuk kerajaan sementara bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara daripada kucar-kacir selepas Kerajaan PH tumbang akibat perebutan kuasa.
“Syukur Alhamdulillah mandat akhirnya dikembalikan kepada rakyat untuk membuat penentuan mutlak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan menyifatkan pembubaran Parlimen pada hari sebagai laluan kepada masyarakat India untuk menentukan masa hadapan mereka melalui PRU15.
Beliau berkata hubungan baik MIC dan UMNO dalam BN mampu membuahkan hasil sekali gus menjamin masa depan baik kaum India.
“MIC memang dah lama bersedia untuk PRU15. Saya minta masyarakat India untuk menilai dan memilih calon atau parti politik dengan ketepikan emosi,” katanya.
Sekiranya, PRU15 diadakan pada musim perayaan Deepavali, beliau berkata ia perlu dianggap sebagai peluang untuk membantu rakyat dan bukan menjadikan Deepavali sebagai alasan untuk tidak menjalankan kewajiban.
BACA: PM Ismail Sabri umum Parlimen dibubar, beri laluan kepada PRU15
Manakala Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata selaras dengan amalan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, beliau mengajak rakyat Malaysia tunaikan tanggungjawab membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.
Annuar berkata ia perlu supaya rakyat Malaysia boleh menumpukan sepenuh perhatian dan keupayaan mengharungi cabaran mendatang, membina semula ekonomi dan memacu negara serta kesejahteraan hidup rakyat.
Dalam pada itu, Presiden Parti Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam kenyataan berkata Gerakan kecewa dengan pengumuman pembubaran Parlimen yang menyebabkan PRU15 mungkin perlu diadakan pada musim tengkujuh.
Beliau berkata Gerakan menyifatkan PRU15 bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda Malaysia ini terutamanya ketika negara bakal berdepan musim tengkujuh namun semua jentera di semua peringkat akar umbi parti dan komponen Perikatan Nasional sudah bersiap sedia menghadapinya.
BERNAMA
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail Sabri sahkan Pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15
- Debaran pembubaran Parlimen semakin terasa, hanya ada hari ini atau esok
- Pakatan Harapan Sukar Menang Jika Pas-UMNO-Bersatu Bergabung Di PRU15 – Penganalisis
- Pembunuhan di Damansara, seorang ditahan seorang lagi masih diburu
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.