Malaysiakini gagal mendapatkan pembatalan sabitan menghina, denda

Malaysiakini gagal mendapatkan pembatalan sabitan menghina, denda

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan Malaysiakini untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati portal berita dalam talian itu bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca.

Panel yang diketuai hakim Zaleha Yusof memutuskan bahawa hujah yang dibangkitkan dalam prosiding semakan hari ini oleh peguam Malaysiakini Malik Imtiaz Sarwar telah dikemukakan dalam prosiding komital di hadapan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan telah dipertimbangkan.

Beliau berkata, hujahan yang dibangkitkan oleh peguam gagal meyakinkan mahkamah berhubung isu berkaitan dakwaan pelanggaran keadilan asasi.

Zaleha berkata, memandangkan perkara itu membabitkan kepentingan awam, mahkamah tidak akan membuat sebarang perintah mengenai kos.

Hakim lain yang bersidang pada prosiding dalam talian itu adalah Zabariah Mohd Yusof, Hasnah Mohammed Hashim, Mary Lim Thiam Suan, Harmindar Singh Dhaliwal, Rhodzariah Bujang dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada 19 Feb 2021, dalam keputusan majoriti 6-1, panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai tujuh hakim, diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, mendapati Malaysiakini bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca dan ia diarah membayar denda RM500,000.

Pengendali portal tersebut, Mkini Dotcom Sdn Bhd membayar denda itu.

Pada 17 Jun 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan kebenaran ex-parte Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom serta Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berhubung komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan pada 9 Jun, bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1” yang disifatkan sebagai menyinggung perasaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mendapati Gan tidak bersalah menghina mahkamah.

Dalam permohonan semakan yang difailkan oleh Mkini Dotcom, syarikat itu memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dan meminta pendengaran semula prosiding menghina itu. FMT

Malaysiakini gagal mendapatkan pembatalan sabitan menghina, denda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker