Will Smith kesal dan mohon maaf selepas penampar Chris Rock

WASHINGTON: Pelakon Hollywood terkenal, Will Smith mohon maaf kepada Chris Rock kerana menampar pelawak popular itu pada majlis Anugerah Akademi Ke-94.

Lapor Daily Mail, Smith menyifatkan tingkah lakunya `tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan’.

Pelakon berusia 53 tahun itu turut menyatakan berasa malu dengan tindakannya yang mengejutkan para hadirin, penerbit dan penonton pada majlis tersebut.

Smith mengaku bertindak mengikut emosi apabila melibatkan gurauan mengenai rambut isterinya, Jada Pinkett Smith.

“Keganasan dalam semua bentuknya adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tingkah laku saya pada majlis anugerah itu tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

“Lawak adalah sebahagian daripada kerja namun gurauan mengenai keadaan kesihatan Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas secara emosi.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris. Saya sedar tindakan itu melampaui batas dan saya salah. Saya berasa malu dan tindakan saya tidak menunjukkan lelaki yang ingin saya jadi,” katanya.

Smith menulis demikian dalam catatan terbaharu yang dimuat naik di Instagram.

Pemenang anugerah Oscars bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik juga memohon maaf kepada pihak penganjur majlis berkenaan.

Semalam, Smith hilang sabar dan bertindak menampar muka Rock selepas pelawak itu mempersendakan imej Jada yang botak ketika siaran langsung Anugerah Akademi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker