Berdepan usul undi tidak percaya, Imran Khan mahu adakan perhimpunan besar-besaran

Berdepan usul undi tidak percaya, Imran Khan mahu adakan perhimpunan besar-besaran

Perdana Menteri, Pakistan Imran Khan pada Ahad berucap di perhimpunan besar-besaran di Islamabad susulan undi tidak percaya terhadapnya dikemukakan di Parlimen.

Dalam ucapannya yang panjang lebar, pemimpin Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) itu menyuarakan visinya untuk menjadikan Pakistan lebih kukuh daripada segi ekonomi dan berikrar melaksanakan dasar luar yang bebas serta memerangi rasuah.



Imran yang menjadi Perdana Menteri pada 2018, berkata terdapat cubaan anasir luar untuk melemahkan kerajaannya.

“Kami tidak akan tunduk kepada sesiapa,” katanya.

Beliau mendakwa cubaan memanipulasi dasar luar Pakistan sedang diatur dari luar negara.

“Kami telah mengetahui tentang konspirasi ini sejak berbulan-bulan,” katanya.



Kerajaan Imran berdepan cabaran paling serius daripada parti pembangkang utama negara itu.

Parlimen Pakistan dijangka mengundi usul berkenaan bagi menentukan sama ada kerajaan mempunyai majoriti dalam badan perundangan 342 kerusi itu. Sinar

Berdepan usul undi tidak percaya, Imran Khan mahu adakan perhimpunan besar-besaran


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker