15 lelaki rompak kedai komputer guna kayu besbal

15 lelaki rompak kedai komputer guna kayu besbal

Polis sedang mengesan 15 lelaki dipercayai memecah masuk sebuah premis menjual perkakasan komputer dan melarikan barangan berjumlah RM70,000 di Bandar Damai Perdana, Cheras, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian pada 6 pagi itu, pengawal keselamatan premis yang terletak di tingkat satu lot kedai itu turut diserang suspek dengan menggunakan kayu besbol.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian daripada lelaki berkenaan (pengawal keselamatan) pada 9.35 pagi hari sama.

“Menurut pengadu (pengawal keselamatan) kenderaannya turut dirosakkan oleh suspek ketika dia cuba menghalang mereka daripada melarikan diri selepas mencuri barangan daripada premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompak berkumpulan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau mana-mana balai polis atau Pegawai Penyiasat Insp Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985 730 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini tular dua video menerusi laman sosial menunjukkan sekumpulan lelaki yang menaiki beberapa kenderaan memecah masuk sebuah premis. Awani

15 lelaki rompak kedai komputer guna kayu besbal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker