Amerika akan lepaskan berbilion nyamuk mutan

Amerika akan lepaskan berbilion nyamuk mutan

WASHINGTON – Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) meluluskan projek perintis Oxitec yang bertujuan untuk melepaskan berbilion-bilion nyamuk diubah suai secara genetik di negeri Florida dan California, lapor laman berita Wion News semalam.

Sebuah syarikat bioteknologi berpangkalan di Britain, Oxitec telah membiakkan berjuta-juta nyamuk diubah suai secara genetik dalam usaha mengekang pembiakan spesies itu yang menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya kepada manusia.



Syarikat tersebut mencipta nama dalam teknologi kawalan makhluk perosak biologi.

“Pasukan kami amat berbangga kerana menerima satu lagi kelulusan penting daripada EPA.

“Perluasan usaha ini mencerminkan perkongsian kukuh di peringkat tempatan, negeri dan nasional,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Oxitec, Gray Frandsen dalam satu kenyataan.

Oxitec memaklumkan bahawa dua projek perintis telah diluluskan termasuk projek Daerah Kawalan Nyamuk dan Vektor Delta (Delta MVCD) di California dan inisiatif Daerah Kawalan Nyamuk Florida Keys (FKMCD) di Florida.



Kelulusan terbaharu itu juga adalah lanjutan daripada Permit Penggunaan Eksperimen (EUP) yang diberikan pada 2020 oleh EPA untuk projek perintis di Florida Keys yang telah dijalankan dan mencatat kejayaan pada 2021.

Oxitec memaklumkan, teknologi kawalan makhluk perosak biologi itu adalah selamat, mapan dan tidak membahayakan serangga bermanfaat seperti lebah dan rama-rama.

Kaedah itu terbukti berjaya mengawal nyamuk Aedes aegypti yang membawa penyakit demam denggi. Wabak demam denggi telah menyerang komuniti di Florida, California dan negeri-negeri AS lain.

Menurut Oxitec, matlamatnya adalah untuk mengurangkan penularan penyakit berbahaya bawaan nyamuk seperti denggi, Zika, demam kuning dan chikungunya.



Menurut data syarikat itu, sejak pertama kali dikesan di California pada 2013, spesies Aedes aegypti telah merebak dengan pantas ke lebih 20 daerah di seluruh negeri dan meningkatkan risiko wabak penyakit. K Online

Amerika akan lepaskan berbilion nyamuk mutan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker