Lelaki maut rempuh aligator

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan dilaporkan meninggal dunia selepas keretanya merempuh seekor buaya jenis aligator sepanjang 3.35 meter di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kemalangan berlaku selepas tengah malam pada Khamis lalu, demikian kenyataan Pejabat Syerif Daerah Hillsborough.

Mangsa iaitu John Hopkins, 59, sedang menuju ke arah timur ketika melalui County Road 672 di Lithia apabila dia secara tidak sengaja melanggar seekor aligator di tengah jalan.

Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan mangsa terbabas dan jatuh ke dalam sebuah parit. Seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan sama menyedari kemalangan tersebut lalu menghubungi polis, kata pejabat syerif.

Apabila anggota-anggota tiba di lokasi kejadian, Hopkins bersama buaya itu disahkan sudah mati.

Florida dan Louisiana mempunyai populasi aligator terbesar di Amerika Syarikat. Di Florida sahaja, terdapat kira-kira 1.3 juta aligator liar terdapat, demikian menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.

Seorang wakil Pejabat Syerif Daerah Hillsborough memberitahu stesen penyiaran CNN bahawa kemalangan kereta melibatkan aligator jarang berlaku.

Siasatan kemalangan maut akan dijalankan oleh pejabat syerif untuk menentukan punca kemalangan. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker