50 lokasi panas individu tidak berpuasa di Kelantan
50 lokasi panas individu tidak berpuasa di Kelantan
KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengenal pasti lebih 50 kawasan ‘panas’ yang menjadi tempat makan individu tidak berpuasa di bulan Ramadan.
Timbalan Pengarah Operasi JAHEAIK, Dr Hasnan Ramli, berkata lokasi itu dikenal pasti di seluruh Kelantan termasuk 20 di Kota Bharu.
Katanya, lokasi terbabit termasuk di kedai makan atau restoran milik orang Islam, bukan Islam, tangga pasar raya dan kawasan tersembunyi.
“Untuk mencegah individu tidak berpuasa, kita akan membuat pemantauan di lokasi berkenaan untuk memastikan tidak ada individu yang mengambil kesempatan makan di lokasi terbuka.
“Bagi operasi sepanjang Ramadan ini, seramai 60 pegawai dan anggota penguat kuasa akan bertugas yang dibantu oleh 700 ahli Skuad Amru,” katanya pada sidang media di pejabat JAHEAIK di Balai Islam Lundang, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain.
Hasnan berkata, individu yang ditangkap kerana tidak berpuasa akan diambil tindakan mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 iaitu Seksyen 10 kerana tidak menghormati bulan Ramadan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
Beliau berkata, tindakan tegas itu diambil untuk mendidik masyarakat supaya menghormati bulan Ramadan dan individu lain yang berpuasa.
“Selain itu, tindakan juga boleh diambil terhadap mereka iaitu pemilik kedai atau restoran yang membekal dan menjual makanan kepada individu tidak berpuasa.
“Mereka ini akan diambil tindakan mengikut Seksyen 10. Justeru, kita berharap semua pihak memberi kerjasama termasuk menyalurkan maklumat berkenaan individu tidak berpuasa dan makan di restoran atau tempat awam kepada pihak penguatkuasa,” katanya.
Hasnan berkata, bagi tahun lalu sebanyak tiga individu lelaki yang ditangkap iaitu dua di Kota Bharu dan seorang di Pasir Puteh kerana makan di tempat awam serta mereka dikenakan tindakan denda masing-masing RM1,000 seorang.
Katanya, kes tahun lalu tidak banyak kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan orang ramai berada di rumah dan berharap tahun ini tiada kes individu yang ditangkap kerana tidak berpuasa. BH
50 lokasi panas individu tidak berpuasa di Kelantan
Baca Artikel Menarik:
- Penjaja sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan
- Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar
- Kutuk rambut isteri, Chris Rock makan penampar Will Smith dalam Oscar [VIDEO]
- Mabuk punya pasal
- BN anak tirikan P. Pinang, Najib dedahkan lagi putar belit DAP
- Nusantara bakal mengubah ekonomi Indonesia
- Najib luluskan kemudian Kerajaan PH tangguhkan dan swastakan projek kepada kroni
- 2 artis berdepan hukuman gantung
- Biden hilang akal dan cakap tak pakai otak
- Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau
- Nad Zainal Lega Babak Panas Dirinya Dalam Drama Ditayangkan Sebelum Mula Puasa
- Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah
You must be logged in to post a comment.