Perlis benar kehadiran jemaah tanpa terikat status vaksinasi
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan jemaah di negeri ini menyertai aktiviti pengimarahan masjid tanpa terikat dengan status vaksinasi, susulan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April ini.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kanak-kanak juga dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid, namun larangan tetap dikenakan terhadap individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti COVID-19.
“Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan sebagainya kekal dilarang untuk hadir ke masjid,” titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan MAIPs hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah jemaah turut dibenarkan menuaikan solat tanpa penjarakan fizikal, tetapi bagi aktiviti lain seperti kuliah agama masih diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.
“Beta berharap Fasa Peralihan Ke Endemik ini menjadi permulaan baharu kepada semua untuk menempuh normalisasi pasca-COVID nanti,” titah baginda. – Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri
You must be logged in to post a comment.