Tentera Myanmar lakukan genosid terhadap Rohingya – AS

Tentera Myanmar lakukan genosid terhadap Rohingya – AS

Washington: Pentadbiran Presiden Joe Biden secara rasmi memutuskan keganasan terhadap minoriti Rohingya oleh tentera Myanmar sama dengan pembunuhan beramai-ramai (genosid) dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Pegawai Amerika Syarikat (As) memberitahu, ia adalah satu langkah untuk membolehkan junta yang bertanggungjawab mentadbir negara berkenaan supaya dapat didakwa di mahkamah antarabangsa di The Hague, Belanda.

Setiausaha Negara Antony Blinken akan mengumumkan keputusan itu pada hari Isnin di Muzium Memorial Holocaust AS di Washington, kata pegawai yang mengadakan pameran mengenai nasib Rohingya.

Tentera Myanmar melancarkan operasi ketenteraan pada 2017 yang memaksa sekurang-kurangnya 730,000 orang Rohingya yang kebanyakannya Islam meninggalkan rumah mereka ke negara jiran Bangladesh, di mana mereka berkongsi mengenai dakwaan pembunuhan, rogol beramai-ramai dan pembakaran kampung.

Pada 2021, tentera Myanmar merampas kuasa di negara itu.

Blinken mengarahkan berdasarkan “analisis undang-undang dan faktanya sendiri,” kata pegawai AS.

Analisis itu menyebut tentera Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai dan Washington percaya catatan rasmi itu akan meningkatkan tekanan antarabangsa untuk menahan junta.

“Ia akan menyukarkan mereka untuk melakukan penindasan selepas ini,” kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara. HM

Tentera Myanmar lakukan genosid terhadap Rohingya – AS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker