Alvin Wee, anak kelahiran Sarawak pertama menang anugerah di pentas Hollywood

Alvin Wee, anak kelahiran Sarawak pertama menang anugerah di pentas Hollywood

“IA satu persaingan yang sengit…”

Demikian luah penerbit dan pemuzik, Alvin Wee selepas menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengondol kemenangan dalam Anugerah Cinema Audio Society (CAS) 2022 di pentas Hollywood.



Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berjaya memenangi kategori Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi bagi karyanya dalam siri animasi Disney, Encanto.

Berkongsi kejayaan itu kepada The Borneo Post, Wee yang berusia 34 tahun menyifatkan ia sebagai satu pencapaian yang membanggakan hasil kerjasama seluruh pasukan Encanto.

“Ia adalah persaingan yang sangat sengit dan individu yang bersaing adalah mereka yang terbaik yang ditawarkan oleh industri. Jadi, saya tidak mengambil mudah (pencalonan peserta lain).

“Kami tahu satu perkara yang kami lakukan ialah kerjasama daripada semua pasukan, di mana saya percaya ia sesuatu yang jarang dapat dilakukan,” ujarnya memetik laporan portal tersebut pada Isnin.



Dalam masa yang sama, Wee menganggap pencapaiannya itu sebagai kemenangan buat rakyat Malaysia yang memperjuangkan industri kreatif.
Beliau juga berharap kejayaan tersebut mampu memberi motivasi kepada generasi muda dalam industri kreatif.

“Saya mahu setiap orang, terutamanya mereka yang bermula dalam industri kreatif dan mungkin mempunyai akses yang sangat sedikit kepada sumber dan teknologi, tahu bahawa ada laluan ke arah masa depan dan mereka semua harus terus berjalan,” ujarnya.

Anugerah CAS mengiktiraf runut bunyi terbaik yang dihasilkan dalam filem dan televisyen.

Wee mula bergiat dalam pengadunan latar muzik selepas menamatkan pengajian dalam jurusan program muzik di salah sebuah universiti di Boston, Amerika Syarikat (AS).



Perjalanan karier Wee semakin menyerlah apabila berpeluang menjadi pembantu penerbit dan bekerjasama dengan beberapa penyanyi antarabangsa seperti Bruno Mars, Katy Perry, Rihanna dan Beyonce.

Antara sentuhan magis beliau termasuk filem seperti Kingsman 2: The Golden Circle, Kung Fu Panda 3, The Zookeeper’s Wife, 13 Hours: The Soldiers of Benghazi dan Eddie the Eagle.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri



Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker