Tentera Britain dilarang guna WhatsApp



TENTERA Britain melarang semua anggotanya menggunakan aplikasi WhatsApp kerana bimbang digodam Rusia untuk memperoleh maklumat sensitif.

LONDON – Tentera Britain dilaporkan mengharamkan aplikasi WhatsApp kerana bimbang Rusia akan menggodam platform itu untuk memperoleh maklumat operasi yang sensitif, lapor portal berita MailOnline semalam.

Semua kakitangan termasuk pegawai hingga askar biasa diarah supaya berhenti menggunakan perkhidmatan permesejan telefon itu untuk tujuan kerja atau mereka akan berdepan tindakan tatatertib.

Dokumen Kementerian Pertahanan yang mengesahkan larangan itu menyatakan, wujud kebimbangan keselamatan yang ketara berhubung penggunaan WhatsApp.

Perintah itu berkuat kuasa serta-merta dan dibuat selepas akhbar Daily Mail melaporkan bahawa Rusia menggunakan data telefon bimbit Britain untuk memilih sasaran serangan udara di Ukraine.

Serangan peluru berpandu pada Ahad lalu yang menyasarkan kem latihan pejuang asing di Ukraine telah membunuh 35 orang dengan 134 yang lain cedera.




Serangan itu dilancarkan selepas nombor-nombor Britain yang disambung ke rangkaian telefon Ukraine di pangkalan tersebut dipercayai digodam.

Menteri-menteri kanan kerajaan Britain juga mengalami tekanan untuk berhenti daripada menggunakan WhatsApp dalam urusan rasmi.

Perdana Menteri, Setiausaha Pertahanan, Setiausaha Luar dan Setiausaha Dalam Negeri semuanya menggunakan platform itu dan komunikasi antara mereka mungkin menjadi sasaran penggodaman Kremlin.

WhatsApp bagaimanapun mengesahkan bahawa sistem kod ‘end-to-encryption’nya selamat dan kerajaan sesebuah negara tidak dapat memintas mesej dan panggilan peribadi.

Namun, sumber keselamatan berkata, pegawai perisikan Britain dan AS telah memintas panggilan WhatsApp dan menempatkan penghantar mesej untuk tujuan keselamatan negara. Rusia berkemungkinan besar dianggap mempunyai keupayaan yang sama. – Agensi




 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Leave a Reply

Your email address will not be published.