Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi

MOHD. Zul Zaidi Abd. Rafor (dua dari kanan) dan rakan-rakannya menunjukkan ular sawa bersaiz gergasi yang ditangkap dalam ladang sawit di Pasir Salak kelmarin

PASIR SALAK: Seorang pemandu jengkaut ‘berlawan’ 15 minit dengan seekor ular sawa bersaiz gergasi kira-kira 7.5 meter dan seberat 150 kilogram (kg) sebelum reptilia itu tewas dalam kejadian di ladang sawit di Air Tenang Tukang Sidin dekat sini kelmarin.

Menceritakan kepada Utusan Malaysia, Mohd. Zul Zaidi Abd. Rafor, 34, dari Kampung Sungai Manik dekat sini berkata, kejadian berlaku pukul 3.45 petang ketika hujan semasa dia menggunakan jengkaut terus leka membersihkan semak dan parit di ladang kelapa sawit.

“Ketika cuba mengalihkan satu longgokan batang sawit, ia sukar menyebabkan saya turun turun dari jengkaut untuk membuat pemeriksaan.

“Semasa memeriksa saya dikejutkan dengan seekor ular sawa yang besar dalam longgokan batang sawit. Reptilia itu menaikkan kepalanya dan menghampiri saya, saya berundur menuju ke jengkaut namun haiwan itu cuba mengejar saya.

“Untuk menyelamatkan diri, saya masuk ke bahagian pemandu jengkaut bercermin tetapi ular berkenaan turut memanjat jengkaut,” katanya..

Mohd. Zul Zaidi memberitahu, melihat ular itu yang agresif dia berusaha ‘melawan’ dengan memandu jengkaut sehingga reptilia itu jatuh ke tanah,

Katanya, dia kemudian menggunakan jengkaut itu menekan bahagian ekor ular itu sebelum menghubungi rakan-rakan meminta bantuan.

“Saya berada dalam bahagian tempat pemandu jengkaut selama 15 minit sebelum rakan-rakan yang sedang mengait buah sawit di kawasan berhampiran,” katanya.

Menurutnya, berdepan ular sawa sepanjang 7.5 meter dan beratnya mungkin hampir 150 kg adalah pengalaman yang amat mencemaskan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker