Zii Jia sedia bangkit
Zii Jia sedia bangkit

Kuala Lumpur: Selepas hampir 181 hari bergelut sejak kembali daripada kecederaan pada awal tahun ini, pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia akhirnya menemui semula rentak yang mampu menjadi titik kebangkitan kariernya.
Biarpun tewas di separuh akhir Terbuka Kanada pada Sabtu lalu, namun kejayaan mara ke peringkat empat pemain terbaik itu adalah satu langkah yang cukup bermakna buat dirinya selepas sering terkandas awal di pusingan pertama atau pusingan 16 terbaik.
Sebelum menyertai Terbuka Kanada, pencapaian terbaik Zii Jia pada 2026 adalah di Masters Thailand apabila mara hingga ke suku akhir dan selepas itu, enam kejohanan Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dia gagal mara ke peringkat itu.
Justeru, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu menganggap penampilannya di Terbuka Kanada sebagai isyarat positif dalam usaha mengembalikan prestasi cemerlang dan mendapatkan momentum terbaik seperti dirinya sebelum mengalami kecederaan serius.
Katanya, dia masih dalam proses mendapatkan semula rentak permainan dan keyakinan diri selepas melalui tempoh sukar akibat masalah kecederaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid
“Ia adalah antara persembahan terbaik saya sejak kembali daripada kecederaan. Saya memang banyak bergelut sebelum ini dan sedang cuba mendapatkan semula keyakinan diri,” katanya.
Dalam aksi itu, pemain diranking ke-60 dunia itu berjaya bangkit di set kedua namun dirinya terpaksa akur tewas kepada pemain Jepun, Riki Takei yang lebih konsisten di set penentuan 13-21, 21-18, 18-21.
Bagi Zii Jia, biarpun belum mampu mengalahkan pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia, pencapaiannya di Terbuka Kanada memberikan suntikan semangat untuk terus memperbaiki prestasi.
“Walaupun saya masih belum menang ke atas pemain kelompok 10 terbaik dunia, saya anggap Terbuka Kanada ini sebagai satu permulaan yang baik. Saya mahu terus mendaki semula ranking dunia dan saya percaya saya berada di landasan yang betul,” katanya.
Selepas ini, bekas pemain nombor dua dunia itu akan menggunakan masa yang ada untuk memperbaiki serta memberi fokus kepada kekurangannya itu sebelum menyertai Terbuka Taiwan dari 28 Julai hingga 2 Ogos ini menerusi pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum meneruskan cabaran di Masters Korea (4-9 Ogos).
Zii Jia sedia bangkit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Terpedaya Janji Manis, Beri Mandat Kepada BN Demi Kestabilan Johor – Rais
- Mohd Jafni Perbetul Fakta PMX, Tegaskan Johor Giat Laksana Agenda Rumah Mampu Milik
- Pilih BN Demi Kestabilan Dan Masa Depan Johor – Norlizah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat
You must be logged in to post a comment.