Nova mahu Tang Jie-Clarissa San fokus hadapi Terbuka Jepun

Nova mahu Tang Jie-Clarissa San fokus hadapi Terbuka Jepun

JURULATIH beregu negara, Nova Widianto.
JURULATIH beregu negara, Nova Widianto.

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto mengingatkan gandingan baharu, Chen Tang Jie-Clarissa San supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi menjelang penampilan sulung mereka di Terbuka Jepun yang bermula minggu depan.

Menurut Nova, persiapan pasangan itu masih belum mencapai tahap terbaik, namun perkembangan yang ditunjukkan sepanjang latihan cukup positif untuk memberi keyakinan menjelang kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 itu.

Katanya, perkara paling penting ialah Tang Jie-Clarissa memberi aksi terbaik tanpa dibebani tekanan untuk memburu keputusan positif di kejohanan berkenaan.

“Persiapan mereka belum lagi maksimum, tetapi perkembangan setakat ini sudah cukup baik. Kami juga mengingatkan mereka supaya jangan meletakkan jangkaan terlalu tinggi terlebih dahulu.

“Yang penting mereka keluarkan prestasi terbaik. Melihat kepada latihan dan persiapan mereka, saya berharap mereka mampu melangkah jauh,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid


Selain itu, Nova juga berharap tuah dalam undian nanti dan tidak bertemu dengan pasangan pilihan serta gandingan terkuat dunia di pusingan awal dan jika itu berlaku, Tang Jie-Clarissa berpeluang melangkah lebih jauh.

Ketika ditanya mengenai persiapan mental, Nova menyifatkan Clarissa memiliki keberanian tinggi walaupun bakal membuat penampilan pertama dalam kejohanan besar bersama Tang Jie.

Beliau melihat pemain muda itu menunjukkan kesungguhan tinggi untuk memanfaatkan peluang beraksi di pentas antarabangsa bagi menimba pengalaman.

“Dari segi mental, saya rasa dia juga okey. Clarissa seorang pemain yang berani. Ini kejohanan besar pertama buatnya, jadi kami akan lihat bagaimana dia mengendalikan situasi itu.

“Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat, dia mempunyai keinginan yang tinggi untuk merebut peluang dan menimba pengalaman di kejohanan ini,” katanya.

Untuk makluman, Tang Jie dan Clarissa digandingkan selepas Toh Ee Wei terpaksa berehat kerana mengalami kecederaan serius di bahagian lutut namun jurulatih kelahiran Indonesia itu masih menaruh harapan tinggi agar dia cepat sembuh untuk kembali ke gelanggang.

Nova mahu Tang Jie-Clarissa San fokus hadapi Terbuka Jepun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker