Redzuan-Zi Yu tenang hadapi tekanan

Redzuan-Zi Yu tenang hadapi tekanan

Redzuan-Zi Yu tenang hadapi tekanan
AHMAD Redzuan Zulwaqqarizal-Low Zi Yu mencipta sejarah apabila muncul juara acara beregu campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026 di Yatsushiro, Jepun, hari ini. FOTO BAM

Kuala Lumpur: Ketenangan ketika berdepan mata-mata genting menjadi faktor utama kejayaan beregu campuran muda negara, Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal-Low Zi Yu merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026, sekali gus menamatkan penantian panjang Malaysia untuk muncul juara dalam acara itu, semalam.

Menurut Zi Yu, mereka tidak mudah panik apabila kedudukan terikat 20-20, sebaliknya kekal tenang dan lebih fokus berbanding lawan dari China, Zheng Wei Gang-Li Meng Han, sekali gus mengelak perlawanan diheret ke set penentuan.

Selain itu, dirinya turut mengakui sokongan padu rakan sepasukan sepanjang perlawanan menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus berjuang sehingga penghujung aksi.

“Dalam aksi final itu memang perlawanan yang sangat mencabar. Tapi saya rasa kami lebih sabar daripada lawan. Masa 20-20 itu, kami lebih fokus dan itu yang membantu kami menang.

“Walaupun ada rakan sepasukan yang sudah tewas, mereka tetap memberi sokongan kepada kami. Kami boleh dengar sorakan mereka dan itu memang menaikkan semangat kami di dalam gelanggang,” katanya.

Mengulas mengenai persefahaman bersama pasangannya, pemain berusia 16 tahun itu berkata dia tidak pernah berasa perlu mengawal permainan Redzuan kerana yakin dengan kemampuan dimiliki pemain itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid


“Saya tak perlu risau sangat mengenai dia sebab saya tahu dia boleh uruskan permainannya sendiri. Saya cuma fokus kepada permainan sendiri dan apabila berlaku kesilapan, kami saling memberi semangat antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Redzuan menyifatkan corak permainan yang dipamerkan pada perlawanan akhir itu memuaskan kerana berjaya menterjemahkan segala yang dipelajari sepanjang latihan.

“Saya rasa agak puas hati kerana dapat mengeluarkan corak permainan yang kami latih sebelum ini. Sudah tentu masih ada ruang untuk diperbaiki dan saya mahu terus meningkatkan prestasi pada kejohanan akan datang.

“Pada mulanya agak sukar untuk mencari rentak, tetapi kami berlatih bersama setiap hari dan daripada situ kami mula serasi. Saya juga tidak perlu terlalu memikirkan permainan Zi Yu kerana dia mempunyai kelebihan tersendiri dan IQ permainannya memang sangat baik,” katanya.

Dalam aksi final itu, Redzuan-Zi Yu menamatkan penantian 19 tahun Malaysia untuk meraih kejuaraan selepas menewaskan Wei Gang-Meng Han 21-15, 22-20 dalam aksi final yang berlangsung di Jepun.

Redzuan-Zi Yu tenang hadapi tekanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Gugat Kestabilan Negara Demi Politik Sempit – Tok Mat

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker