Tiba masanya kerajaan perlu kawal selia pembelian kredit motosikal

PETALING JAYA: Kerajaan perlu kawal selia sistem pembelian kredit motosikal yang kadar­nya dilihat terlalu tinggi dan menindas pembeli yang kebanyakannya mereka daripada kumpulan berpendapatan rendah.

Timbalan Presiden Gabu­ngan Persatuan-Persatuan Peng­guna Malaysia (Fomca), Mohd. Yusoff Abdul Rahman berpendapat, kadar faedah bagi motosikal sepatutnya rendah dan tidak melampau.

“Motosikal berkuasa rendah ini secara amnya adalah kende­raan bagi golongan berpendapatan rendah, pelajar dan juga remaja.

“Jadi tidak sepatutnya bu­nga diletakkan terlalu tinggi hingga boleh menyebabkan harga kenderaan tersebut berlipat ganda,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihu­bungi semalam.

Menurut beliau, sepatutnya segala sistem berdasarkan pembelian kredit yang ada sekarang ni perlu dikawal selia oleh kerajaan supaya kadar faedah dikenakan itu adalah munasabah dan tidak menekan pengguna.

Beliau mengulas laporan akhbar ini tentang syarikat pe­ngedar motosikal yang mele­takkan kadar bunga tinggi untuk pinjaman yang ditawarkan malah dalam keadaan tertentu terutamanya jika berlaku kelewatan pembayaran ansuran, ia boleh mencecah hampir 100 peratus.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George memaklumkan, hampir keseluruhan aduan diterima oleh persatuannya me­ngenai syarikat kredit berpunca daripada sikap pembeli yang tidak membaca perjanjian terlebih dahulu.

Menurut beliau, melalui pemantauan CASSA, perjanjian tersebut bersikap berat sebelah apabila ia hanya meletakkan syarat-syarat untuk menjaga kepentingan syarikat itu dan bukan peminjam atau pengguna.

“Jika pengguna membuat laporan polis ia akan mengikut perjanjian yang sudah ditandatangani oleh mereka sendiri. Jadi dari segi undang-undang syarikat kredit tidak salah tetapi apabila dari segi kemanusiaan ia mendukacitakan.

“Masa sudah sampai untuk untuk kita tubuhkan pasukan khas menyemak balik segala perjanjian jual beli kerana kebanyakan perjanjian tersebut dibuat pada ketika dahulu tanpa pembaharuan mengikut situasi semasa.

“Di dalam keadaan sekarang, jika kita boleh melihat kembali perjanjian yang sudah menjadi standard pada masa ini boleh diubah untuk melicinkan dan memperkasakan dua belah pi­hak,”

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker