Ini 5 sebab kerajaan akhirnya benarkan pengeluaran KWSP

SHAH ALAM – Pakar-pakar ekonomi memberikan sekurang-kurangnya lima sebab utama kenapa pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya dibenarkan kerajaan.

Salah satu faktor tersebut ialah kerajaan bersikap prihatin dengan mendengar rintihan rakyat, kata Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.

Menurut beliau, negara baru sahaja melepasi satu tempoh yang begitu sukar kerana selain berdepan pandemik Covid-19, rakyat turut berdepan banjir besar.



“Jadi sudah tentulah keperluan utama mereka adalah dalam bentuk wang ringgit terutama untuk menggantikan peralatan rumah yang rosak akibat banjir,” katanya.

Faktor kedua pula disebabkan pindaan undang-undang pada 2020 sememangnya membenarkan pengeluaran KWSP yang mendesak pada waktu pandemik, ujar Penganalisis Ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai.

“Kalau dicabar di mahkamah kerana tidak membenarkan pengeluaran khas itu, kerajaan akan kalah. Jadi Perdana Menteri telah mengambil keputusan yang betul di samping merayu pencarum tidak membuat pengeluaran kecuali terlalu memerlukan,” jelas beliau.

Barjoyai berkata, faktor ketiga ialah pengeluaran itu membantu menggerakkan dan melonjakkan semula ekonomi negara.



“Dijangka lebih dua juta pencarum akan keluarkan wang antara RM25 bilion hingga RM30 bilion. Ini akan menambahkan perbelanjaan berkesan dalam negara dan apabila perbelanjaan berkesan bertambah, permintaan berkesan juga meningkat sekali gus akan melonjakkan tahap pengeluaran dalam ekonomi,” tambahnya.

Timbalan Naib Canselor i-Cats University College, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor pula menambah sebab keempat ialah Perdana Menteri mengambil kira pandangan dan saranan pemimpin-pemimpin politik khususnya daripada UMNO.

“Beliau mungkin menerima gesaan pemimpin politik yang memberi tekanan demi tekanan agar pengeluaran KWSP kali terakhir diluluskan.

“Ahli politik ini pula bila buat desakan ini mungkin tujuan utamanya untuk ekonomi tetapi pada masa sama, ia juga beri keuntungan kepada mereka,” katanya.



Dalam pada itu, sebab kelima adalah kerajaan juga dipercayai sudah mempunyai langkah-langkah untuk menangani isu persaraan ahli KWSP.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara



Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker