Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN – Hamidin
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN – Hamidin
Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
Bagi Penganalisis Politik yang juga Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid, dilema yang berlaku ketika ini dijangka memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutama selepas diberikan mandat oleh rakyat.
“Datuk Seri Hasni menjadi ‘poster boy’ bagi UMNO, menunjukkan beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar, tetapi inilah wajah membawa kestabilan dalam konteks politik Negeri Johor.
“Saya kira penggunaan naratif itu diterima rakyat, dan rakyat menerima Hasni sebagai wajah dan orang akan kedepan mendahului BN ke arah kestabilan itu. Jadi sekiranya itu tidak berlaku, saya kira ini satu permasalahan besar dalam UMNO,” jelasnya dalam temubual bersama AWANI Pagi pada Selasa.
Tambah Hamidin, nama-nama yang dicadangkan juga memberi satu kejutan terutama pengundi apabila Hasni tidak tersenarai sebagai calon tunggal memegang jawatan itu.
“Sudah tentu ramai terperanjat contohnya apabila diberitahu berita bahawa tiga nama dicadangkan, Datuk Seri Hasni, Datuk Onn Hafiz dan Datuk Puad Zarkashi.
“Malahan ada yang bertanya mengapa Datuk Puad berada dalam senarai itu, walhal beliau baharu sahaja kali pertama kembali ke peringkat negeri.
“Jadi itu menunjukkan konflik dalaman apa yang berlaku di Negeri Johor ketika ini. Jadi UMNO bukan sahaja akan berdepan dengan tuntutan rakyat, tetapi UMNO harus berjaya menguruskan perpecahan dalaman mereka kerana ini akan menganggu gugat apa yang mereka dapat melalui kemenangan di Melaka dan Johor,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan Hasni pada Isnin yang memberi laluan kepada golongan muda dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, tambah Hamidin, ia menunjukkan kesediaan Hasni untuk memberi laluan kepada generasi baharu menerajui tampuk pemerintahan negeri itu.
“Ia merupakan satu kenyataan yang baik yang dikeluarkan oleh Hasni menunjukkan bahawa kesediaan beliau untuk menyerahkan tampok kuasa pentadbiran kepada golongan muda itu yang seharusnya berlaku.
“Saya percaya bukan sahaja di Johor tapi di negeri lain ketika ini, tapi pada masa sama saya kira adalah perlu kita terima hakikat persoalan tentang Menteri Besar dan siapa dia dan adakah Exco semua ini terutama dalam perlantikan golongan muda tidak merupakan satu yang dijanjikan Barisan Nasional.
“Jadi ini persoalan yang akan dihadapi oleh UMNO dimana rakyat masih lagi segar, penyokong masih lagi bergembira merayakan kemenangan, tiba-tiba kemenangan itu ditutup dengan permasalahan berlaku dengan perlantikan Menteri Besar ini. Ini saya kira sesuatu yang akan memberikan kesan kepada UMNO,” jelasnya lagi.
Mengenai pelantikan golongan muda, ujar Hamidin, sekiranya Hasni masih diberikan mandat untuk mentadbir negeri itu, beliau percaya ramai golongan muda akan diberikan ruang.
“Dalam perlantikan golongan muda, saya percaya sekiranya Hasni masih lagi diberikan mandat untuk menjadi Menteri Besar Johor, beliau akan meletakkan golongan muda lebih ramai dalam konteks EXCO.
“Saya kira itu adalah cara yang terbaik untuk memastikan bahawa golongan muda terlibat sama dalam pentadbiran negeri johor terutama bagi masa hadapan.
“Saya kira tidak semestinya pelantikan Menteri Besar itu mencerminkan keseriusan kerajaan negeri bagi mendepani golongan muda. Saya percaya lebih sepatutnya dasar dan mereka yang bertanggungjawab itu diberikan kepada golongan muda,” katanya lagi.
Justeru, BN ujar Hamidin seharusnya lebih berhati-hati dalam isu terbabit terutama terhadap persepsi rakyat. Malah rakyat juga sedang memerhati setiap gerak-geri parti tersebut dalam menunaikan janji selepas diberikan mandat.-AA
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN – Hamidin
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor
- MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh
- PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor