Khairuddin bertemu Sheikh Ali bincang isu umat Islam

Khairuddin bertemu Sheikh Ali bincang isu umat Islam

“Umat Islam sering kali silap menggunakan neraca timbangan yang betul dalam menyelesaikan masalah yang berlaku,” kata Setiausaha Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr. Ali Al-Qaradaghi.

Beliau berkata, akibat kesilapan pertimbangan itu menyebabkan berlaku perselisihan dalam kalangan umat Islam.



“Neraca timbangan emas tentunya tidak sama untuk besi, manakala neraca timbangan akhirat tidak sama dengan neraca untuk dunia.

“Maka yang penting ialah menggunakan neraca yang betul dalam mempertimbangkan sesuatu,” katanya semasa pertemuan dengan Pengerusi Sidang Kemuncak Ulama Sedunia 2022, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali di Doha, Qatar semalam.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, kedua-kedua pemimpin berkenaan turut berbincang mengenai isu-isu semasa termasuk yang berlaku di dunia Islam serta Malaysia.

Pertemuan berkenaan turut dikongsi oleh Sheikh Ali dalam ciapan Twittter beliau.



Dalam pada itu, Sheikh Ali menasihatkan golongan muda dari Malaysia yang turut hadir bersama Khairuddin dan bekerja di Qatar mendalami, mempelajari dan menguasai bahasa Arab.

Katanya, dengan menguasai bahasa itu sekali gus mereka akan mudah bergaul dengan orang Arab dan memahami bahasa al-Quran.

“Menjadi kerugian jika mereka tidak berbuat demikian kerana sudah berada di negara Arab kerana Rasulullah SAW menggalakkan belajar bahasa asing untuk mengelakkan sekurang-kurangnya mereka terhindar dari tipu daya sesuatu kaum.

“Saya bersedia membantu menyediakan seorang guru dalam kalangan anak murid saya untuk mengajar rakyat Malaysia bahasa Arab secara bersistematik,” katanya. Utusan



Khairuddin bertemu Sheikh Ali bincang isu umat Islam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri



Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker