Deria bau tak hilang bagi pesakit varian Omicron

Deria bau tak hilang bagi pesakit varian Omicron

VARIAN Omicron virus COVID-19 tidak menyebabkan penghidapnya hilang deria bau seperti varian Delta.

Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Masita Arip berkata, itu satu daripada perbezaan ketara antara gejala varian Omicron dan varian Delta.

“Selain itu, varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu tinggi seperti pesakit COVID-19 varian Delta sebelum ini. Antara gejala utama dibawa varian Omicron adalah sakit kepala dan loya.



“Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit kepala dinasihatkan mendapatkan rawatan segera,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Beliau berkata, masyarakat Malaysia perlu bersikap matang dalam menghadapi situasi melawan pandemik COVID-19 dengan segera mendapatkan rawatan apabila bergejala, sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dan mengambil dos penggalak supaya mempunyai imuniti terhadap varian berkenaan.

Katanya, individu yang melakukan ujian kendiri COVID-19 di rumah dan mendapati diri mereka positif perlu jujur serta bertanggungjawab dengan tidak keluar rumah dan membahayakan orang lain. Utv

Deria bau tak hilang bagi pesakit varian Omicron




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker