Skim cepat kaya Hollywood tipu pelabur lebih RM2.7 bilion

Skim cepat kaya Hollywood tipu pelabur lebih RM2.7 bilion

LOS ANGELES, California – Seorang pelakon Amerika Syarikat (AS) dihukum penjara 20 tahun kelmarin kerana menipu wang AS$650 juta (RM2.72 bilion) dalam skim pelaburan palsu Hollywood untuk membiayai gaya hidup mewah.

Zachary Horwitz memancing wang milik pelabur-pelabur dengan mencipta kontrak palsu untuk memberitahu mereka bahawa dia menjalin kerjasama dengan firma hiburan mega, HBO dan Netflix.

Dia kemudian membelanjakan wang mereka untuk menyewa penerbangan peribadi dan membeli kereta serta rumah mewah di Los Angeles yang lengkap dengan stor wain bawah tanah.



“Horwitz menggambarkan dirinya sebagai kisah kejayaan Hollywood.

“Dia menjenamakan dirinya sebagai pemain industri yang mempunyai hubungan dengan platform penstriman online seperti HBO dan Netflix. Horwitz kemudian menjual hak pengedaran filem asing palsu kepada mereka pada tinggi,” kata pendakwa raya.

Horwitz yang pernah membintangi beberapa filem seram dengan menggunakan nama Zach Avery, memberitahu pelabur-pelabur bahawa dia membeli hak pengedaran asing untuk filem AS dan kemudian menjualnya kepada platform penstriman.

Lelaki berusia 35 tahun itu memberi setiap mangsa sekeping nota menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa enam hingga 12 bulan kemudian.



Dia meneruskan penipuannya selama lebih tujuh tahun. Horwitz meneruskan skim itu dengan menggunakan wang pelabur baharu untuk membayar balik pelabur lama.

Ketika penipuannya terbongkar, wang berjumlah A$230 juta telah lenyap.

Dia mengaku melakukan penipuan itu pada Oktober 2020. Pelakon tersebut turut mengaku bahawa dia tidak pernah membeli sebarang hak filem atau memperoleh sebarang kontrak pengedaran.

Selain hukuman penjara 20 tahun, Hakim Mark Scarsito memerintahkan Horwitz membayar balik AS$230 juta kepada mangsa-mangsanya. K Online



Skim cepat kaya Hollywood tipu pelabur lebih RM2.7 bilion


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker