PM umum pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia khusus untuk warga kota
PM umum pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia khusus untuk warga kota
Sempena sambutan 50 tahun Bandaraya Kuala Lumpur, Perdana Menteri mengumumkan Pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia Kuala Lumpur (PKKMKL) khusus buat warga kota.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pakej itu adalah perancangan kerajaan bagi memastikan kualiti hidup warga kota dipertingkatkan seiring dengan peningkatan penyampaian perkhidmatan dalam talian yang pantas.
“Bagi menjamin kehidupan yang sihat, DBKL menyediakan laluan pejalan kaki, laluan basikal dan jaringan hijau dengan mengutamakan keselesaan dan keselamatan pengguna.
“Bagi menggerakkan aktiviti ekonomi, DBKL menaiktaraf gerai penjaja di pusat penjaja yang telah usang termasuk kelompok-kelompok gerai di tepi jalan yang berlesen,” katanya ketika berucap sempena sambutan Ulangtahun ke-50 Bandaraya Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan timbalannya, Datuk Seri Jamaluddin Alias.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan kini dalam usaha menjadikan ibu kota ini sebagai bandar raya sifar miskin tegar.
Ismail Sabri berkata, kesemua inisiatif itu akan dilaksanakan DBKL.
Selaras itu, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa DBKL akan membina 5,000 ‘council home’ iaitu rumah sewa dengan kadar sewa berpatutan.
“DBKL juga akan membuat pembaikan lif yang melibatkan 306 buah lif di 31 lokasi Projek Perumahan Rakyat/Perumahan Awam (PPR/PA) dan akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun,” jelasnya.
Selain itu, DBKL turut akan dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dikawal oleh Kuala Lumpur Command & Control Centre.
Dalam pakej tersebut, DBKL ditetapkan untuk meluluskan lesen premis perniagaan dalam tempoh 24 jam sahaja.
Selain itu, permohonan permit pembinaan bagi pembangunan berskala kecil dan keputusan permohonan boleh diperolehi dalam tempoh tiga hari.
Jelas Ismail Sabri, langkah itu bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang pantas secara dalam talian.
Selain itu, semua urusan pembayaran secara dalam talian akan diberikan rebat 10 peratus sehingga 31 Disember depan. MG
PM umum pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia khusus untuk warga kota
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.