Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

 

Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

INSIDEN kereta api terbakar di Kampung Anok Machang, Sungai Keladi dekat Pasir Mas, Kelantan pada Selasa malam mengundang rasa cemas dan panik pelakon Ezzaty Abdullah yang kini sarat mengandung.




Menurut Ezzaty, 32, perasaan cemas itu semakin menebal setelah mengetahui ibu bapa, nenek serta dua lagi saudaranya turut berada dalam tren Ekspres Rakyat Timuran Nombor 27 itu.

Menceritakan semula situasi kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.20 malam itu, Ezzaty berkata keluarganya serta para penumpang lain bergegas mengosongkan gerabak.

“Penumpang terpaksa berjalan jauh mencari kawasan lapang sebelum bantuan tiba.

“Saya tak boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka dalam gelap dan di tengah hutan ketika itu.



“Ayah serta bapa saudara terpaksa bergilir-gilir mendukung nenek yang sudah berusia dan berjalan lebih kurang 100 meter,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Menurut isteri kepada aktor Azwan Kombos ini, ahli keluarganya itu dalam perjalanan dari Kota Bharu di Kelantan ke Kuala Lipis, Pahang.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan tren Ekspres Rakyat Timuran Nombor 27 mengalami kebakaran pada bahagian enjin.



Bagaimanapun, ia tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada 180 penumpang dalam kejadian di Kilometer (KM) 490.50-491 itu.

Tambah Ezzaty, dia bersyukur apabila semua yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Memang rasa cemas apabila mendapat perkhabaran tersebut. Ibu bapa saya bersama nenek, bapa dan ibu saudara ada dalam keretapi tu.

“Saya hanya fikirkan jika keadaan teruk saya tidak boleh ke sana kerana sarat mengandung.



“Syukur semuanya selamat dan ibu bapa saya kini berada di rumah bapa saudara di Kuala Lipis,” katanya.

Dalam pada itu berkongsi tentang kehamilan anak kedua, pelakon drama KL Gangster: Underworld ini memberitahu masih belum menunjukkan sebarang tanda akan bersalin dalam masa terdekat.

“Jika ikutkan perkiraan memang sudah sampai tarikh bersalin. Namun belum ada tanda-tanda lagi.



“Anak pertama dahulu pun lewat seminggu, jadi saya tidaklah begitu risau. Hanya tunggu sahaja nanti harinya,” ujarnya.-mSTAR

Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker