Raja Ilya Sedia Jadi Ibu….‘Honeymoon’ Dah Over Dan Rindu Dengan Keluarga Di Malaysia

Raja Ilya Sedia Jadi Ibu…. ‘Honeymoon’ Dah Over Dan Rindu Dengan Keluarga Di Malaysia

SETELAH lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya akhirnya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, dia dan suami merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Saya dan suami memang merancang untuk dapatkan anak tahun ini.

“Setelah lebih tiga tahun berkahwin, sudah tiba masanya untuk kami fikirkan soal keluarga.

“Jika dikurniakan rezeki anak pastinya saya sudah bersedia untuk membina keluarga,” katanya kepada mStar.

Raja Ilya berpindah ke Perth, Australia sejak 2019 selepas berkahwin dengan Trent Garret pada Disember 2018.

Dalam pada itu pelakon filem Soulmate Hingga Jannah ini juga meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun katanya pandemik Covid-19 yang masih berlarutan menjadi antara faktor dia tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.

“Apa boleh buat? Semoga pandemik ini segera berakhir dan saya dapat pulang berjumpa keluarga di Malaysia.

“Biasanya kalau rindu dengan Malaysia saya akan masak masakan tradisi atau menonton filem Melayu.

“Walaupun berada jauh, saya masih ambil tahu perkembangan di Malaysia menerusi Instagram dan berita semasa,” ujarnya.

Beberapa hari lalu Raja Ilya meluahkan rasa berang dengan berita berkaitan kes pakar kecantikan tidak bertauliah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung.

“Kisah itu sama seperti yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Saya harapkan ia dapat membuka mata mana-mana pihak berwajib untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan kecantikan tidak bertauliah,” jelasnya-mSTAR

Raja Ilya Sedia Jadi Ibu…. ‘Honeymoon’ Dah Over Dan Rindu Dengan Keluarga Di Malaysia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker