Buruh maut terjatuh ketika tukar bumbung zink di kilang

Buruh maut terjatuh ketika tukar bumbung zink di kilang

PRAI: Seorang lelaki maut selepas terjatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja menukar bumbung jenis zink di sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Prai, Pulau Pinang.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi Khamis lepas, lelaki tempatan berusia 45 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terjatuh dari bumbung berketinggian lebih 5.5 meter.



Menurut kenyataan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang (JKKPP), hasil siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menukar bumbung jenis zink di bahagian belakang bangunan kilang tersebut.

“Mangsa dikatakan telah memijak bahagian zink yang rapuh dan tiada penyokong menyebabkan mangsa jatuh dari ketinggian lebih kurang 18 kaki daripada paras bumbung ke lantai,” katanya kenyataan tersebut.

Susulan insiden berkenaan, pihak JKKPP telah mengeluarkan satu notis larangan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kepada pihak kilang atas kesalahan gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi kerja-kerja penukaran bumbung sehingga menyebabkan kemalangan.

“JKKPP juga menyita lokasi kejadian secara fizikal untuk memastikan tidak berlaku kejadian kacau ganggu untuk siasatan selanjutnya.

“Manakala majikan juga diarahkan untuk menyediakan dokumen tambahan bagi membantu proses siasatan lanjut dengan kadar segera.



“Tindakan perundangan juga akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” kata kenyataan itu lagi.-Awani

Buruh maut terjatuh ketika tukar bumbung zink di kilang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara



Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker