Gabungan baharu di Johor?

Gabungan baharu di Johor?

Demi menghadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Johor, sesetengah pihak mula mengemukakan kemungkinan pembentukan gabungan politik baharu yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pejuang dan juga MUDA.

China Press melaporkan, susulan pengumuman UMNO bahawa BN akan bertanding secara “solo” dan menolak kerjasama dengan parti lain, maka sudah timbul usul untuk menggabungkan parti-parti pembangkang untuk menghadapi UMNO.



Keempat-empat parti telah dihubungi mengenai cadangan itu dan mereka juga bersikap “terbuka” mengenai kemungkinan itu.

Menurut laporan, perbincangan semeja juga mungkin diadakan sekiranya empat parti tersebut bersetuju untuk mendalami isu kerjasama.

Sumber dari Bersatu berkata, pemimpin Amanah bersikap terbuka mengenai kemungkinan tersebut dan akan menyampaikan mesej berkenaan kepada dua anggota PH yang lain iaitu PKR dan DAP.

Sumber berkata, walaupun optimis dengan kemungkinan kerjasama untuk mewujudkan keadaan “satu lawan satu” dengan UMNO, tetapi rundingan masih perlu dijalankan untuk menyelesaikan perbezaan yang wujud antara PH, PN, Pejuang dan MUDA.



Sementara itu, Sinchew Daily melaporkan, MCA meletakkan sasaran untuk tidak balik dengan tangan kosong dalam pilihan raya di Johor.

Kejayaan MCA memenangi dua kerusi di Melaka telah menyuntik semangat kepada parti itu untuk mengulang kejayaan seumpama di Johor.

MCA mahu bertanding di 15 “kerusi tradisi”, selain mengintai tambahan kerusi yang ditinggalkan Gerakan.

MCA melihat enam kerusi sebagai berpeluang dimenangi iaitu Pulai Sebatang, Pekan Nanas, Yong Peng, Parit Yaani, Paloh dan Pemanis.



Walau bagaimanapun, MCA belum mendapat lampu hijau untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut memandangkan rundingan masih perlu diadakan dengan UMNO. MG

Gabungan baharu di Johor?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker