Lepak di kafe lepas langgar polis

Lepak di kafe lepas langgar polis

Serdang: Anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya di jalan besar Seri Kembangan menghala ke Pekan Seri Kembangan patah kaki kanan selain cedera di kepala dan kedua tangan selepas dirempuh kereta Toyota Vios, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.53 pagi.

Menurutnya, pemandu kenderaan itu juga melarikan diri selepas melanggar anggota polis terbabit.



Anbalagan berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis dari Balai Polis Seri Kembangan bersama unit peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan dua lelaki dan seorang wanita di sebuah kafe di Taman Serdang Perdana.

“Pemandu lelaki berusia 29 tahun itu bekerja sebagai jurujual mempunyai 14 rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah manakala 16 saman trafik membabitkan pandu laju, tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang dan memotong secara berbahaya.

“Suspek wanita berusia 24 tahun yang berada di dalam kenderaan itu ketika kejadian pula bekerja sendiri dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah manakala suspek ketiga berusia 29 tahun adalah pemilik kereta itu mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil ujian air kencing ke atas mereka mendapati positif dadah amphetamine, methamphetamine dan ketamin.



“Akibat dari rempuhan itu, Lans Koperal, Meor Mohd Asri patah kaki kanan, menerima enam jahitan di bahagian belakang kepala dan cedera di kedua-dua tangan.

“Kes ini disiasat mengikut seksyen 307 kanun keseksaan, Sek 26 (2) Akta Polis dan Seksyen 44 (1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. HM

Lepak di kafe lepas langgar polis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker