Pondan mengaku ibu ayam, dua pelacur ditahan



Pondan mengaku ibu ayam, dua pelacur ditahan

SUNGAI PETANI: Polis menumpaskan aktiviti pelacuran yang didalangi seorang mak nyah yang mengaku sebagai ibu ayam’ dalam satu serbuan ‘Op Noda’ di sebuah rumah di Taman Petani Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam serbuan pada pukul 9.45 malam itu, mak nyah tersebut ditahan bersama dua wanita dipercayai pelacur.

Menurutnya, turut ditahan tiga lelaki sebagai pelanggan mereka.

“Hasil soal siasat mendapati aktiviti pelacuran ini aktif sejak Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.




Beliau berkata, kesemua suspek warga tempatan yang berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Katanya, turut dirampas sebuah buku nota disyaki sebagai buku catatan pelanggan, 16 keping kondom bertulis Recare, dua telefon bimbit jenama berlainan dan wang tunai berjumlah RM1,900, serta wang tunai RM100 satu anak kunci.

“Lelaki mak nyah berusia 43 tahun itu juga mengaku berperanan sebagai ibu ayam dan menguruskan urusniaga dengan pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan seks dengan harga antara RM150 hingga RM 300.

“Dua wanita berusia 25 tahun itu pula mengaku berperanan sebagai pelacur dan tiga lelaki berusia 23 hingga 36 tahun pula mengaku sebagai pelanggan,” jelasnya.

Katanya, soal siasat lanjut akan diteruskan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan. Utusan




Pondan mengaku ibu ayam, dua pelacur ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.