Mia Sara kesal dan mohon maaf
Mia Sara kesal dan mohon maaf
Pelakon Mia Sara Nasuha, 16, kesal dan memohon maaf selepas satu ciapannya di Twitter mengundang salah faham serta menjadi perdebatan ramai.
Dalam ciapan itu, Mia Sara berkata, dia penat kerap disamakan dengan gadis lain di TikTok yang memakai selendang hitam serta ‘eyeliner’ menyerupai dirinya.
Disebabkan ciapan itu, netizen mempertikaikan kenapa pelakon itu perasaan gadis lain cuba meniru gayanya selain mendakwa dia syok sendiri dan cuba meraih perhatian.
Ciapan Mia Sara itu diciap semula lebih 400 dan hampir 4,000 komen.
Mia Sara berkata, niat sebenarnya adalah untuk menyampaikan mesej positif dan dia mengakui caranya menulis ciapan itu agak mengelirukan.
“Silap saya, inti utama saya nak cakap di sini adalah tak semestinya dia pakai ‘shawl’ dan ‘eyeliner’, dia nampak macam saya. Pada asasnya, saya mahu orang lihat gadis-gadis cantik itu sebagai diri mereka sendiri.
“Saya mohon maaf atas salah tafsir berlaku. Komen ‘cantiknya macam Mia Sara’ kedengaran salah pada saya. Dia nampak macam diri sendiri dan cantik dengan tersendiri.
“Ciapan saya ditujukan kepada bahagian komen dan bukan kepada gadis terbabit. Saya sudah jelaskan dan tak salahkan mereka sebab salah faham. Sebab cara saya tulis pun memang salah,” katanya.
Mia Sara juga menjelaskan niat asalnya tidak lain untuk memberi mesej bahawa setiap wanita memiliki kecantikan masing-masing tanpa perlu disamakan dengan orang lain.
“Saya rasa nak menangis. Saya tiada niat nak cakap hal lain tapi orang salah faham. Saya nak sebarkan mesej positif supaya orang melihat setiap wanita itu cantik dengan cara tersendiri mereka,” katanya. HM
Mia Sara kesal dan mohon maaf
Baca Artikel Menarik:
- “Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”
- Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam
- Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….
- 12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece
- Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen
- Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil
- Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS
- Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid
- PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa?
- Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu
- Rider tercampak dilanggar lari (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang
Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]