Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu

Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp Maj­lis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ekoran kontroversi yang melanda pemimpin tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, kumpulan WhatsApp itu dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Kumpulan WhatsApp ini terdiri daripada Presiden sehingga ke bawah.



Semua pihak diminta menanti pengumuman rasmi berkenaan khabar angin Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Zuraida Kamaruddin yang dikatakan akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sehingga kini Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu masih lagi bersama-sama dengan Bersatu.

“Pelbagai spekulasi mengenai Zuraida dan pandangan saya sebagai Ketua Penerangan parti, saya berpendapat isu (spekulasi berkenaan Zuraida keluar Bersatu dan menyertai PBM) dibincang dalam mesyuarat kita (dan isu berkenaan) kekal dalam mesyuarat (tidak dihebahkan).

“Lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi daripada parti kalau ada apa-apa, kalau tiada sebaiknya kita pastikan Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya.



Zuraida sebelum ini dikaitkan menyertai PBM dan dilaporkan terdapat perbincangan pimpinan Bersatu berkaitan isu pemecatan Ahli Parlimen Ampang berkenaan dan individu lain yang didakwa terbabit dengan parti baharu itu.

Sebuah portal melaporkan seorang lagi anggota MPT Bersatu Muhammad Faiz Na’aman menyatakan, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat pada 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Faiz mendakwa tiada sebarang keputusan dilakukan sehingga kini sementara menunggu siasatan lanjut oleh parti.

Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang



Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker