Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN

Kesetiaan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) tidak perlu dipertikaikan memandangkan parti itu telah bersama dengan Bersatu dalam gabungan tersebut sejak awal lagi, kata pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

Kata Muhyiddin keberadaan PAS dan Bersatu dalam PN sejak awal adalah bukti sebelum perikatan tersebut disertai Gerakan.

“PAS adalah antara parti pengasas (dalam PN) yang sehingga hari ini masih kekal, jadi jangan dipertikaikan, jangan dipersoalkan kesetiaan dan istiqamah PAS bersama (PN).

“Kami (juga) baru selesai mengadakan muzakarah (bersama PAS) dan kami dah bentang resolusi dan sebagainya serta komitmen total parti-parti dalam PN,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Prihatin Rakyat di Dataran Fama Pagoh Jaya, dekat Muar hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian dan kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini sama ada bersama PN atau dalam Muafakat Nasional (MN).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pendirian PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah jelas dan muktamad iaitu bertanding di bawah tiket PN bersama parti-parti lain.

“Di Johor tidak begitu, itu (pendirian PAS) dah dimuktamadkan, bermakna kami sudah tetapkan kerusi-kerusi yang kami bertanding atas nama PN.

“Kami tak sebut PAS atau Gerakan. Kami tahu siapa musuh kami, siapa yang harus kami hadapi, itu dah selesai, tiada isu berbangkit dalam kalangan kami,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu.

Berhubung pengagihan kerusi antara Bersatu, PAS dan Gerakan, Muhyiddin berkata ia akan dimukmadkan menjelang hujung minggu ini.

Sementara itu, bekas perdana menteri itu berkata Jualan Prihatin Rakyat tersebut akan turut diperluaskan kepada empat atau kawasan lain di Johor tidak lama lagi dalam usaha PN untuk membantu meringankan beban rakyat.

Jualan tersebut yang menawarkan sepapan telur, seekor ayam dan beras lima kilogram dengan harga RM20 sahaja, boleh didapati menerusi belian terus dan pandu lalu di beberapa lokasi terpilih.

Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker