Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak

Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak

MEMBUAT kenyataan berulang kali bahawa sokongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah bersyarat tidak membawa apa-apa kebaikan kepada kestabilan politik nasional mahu pun kerajaan hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sebab itu Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan perlu mendapat kepastian daripada partinya sama ada mahu terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri atau tidak.



“Jika Wan Saiful merasakan Bersatu tidak lagi mahu menyokong Ismail Sabri maka mereka boleh mengumumkan keputusan tersebut.

“Jika Bersatu berpendapat kerajaan ini perlu kekal sehingga tamat tempoh, maka orang seperti Wan Saiful perlu bertindak seperti pemain politik yang matang, bukannya bersikap keanak-anakan, marahkan nyamuk kelambu dibakar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Nazir Hussin berkata, dakwaan bahawa Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri atas sokongan Bersatu dan bukannya UMNO juga tidak tepat.

Katanya, Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana dokongan ahli-ahli Parlimen dalam UMNO, Bersatu, Pas, Gabungan Parti Sarawak dan lain-lain ahli Parlimen.



“Bersatu sahaja tidak cukup untuk mengangkat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Sama juga seperti Bersatu sahaja tidak mampu mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” jelasnya.

Justeru, kata Nazir Hussin, Bersatu dan semua pihak perlu sedar kedudukan Ismail Sabri didokong oleh pelbagai parti, bukannya satu parti sahaja.

“Sudah tentu sokongan Bersatu kepada Ismail Sabri bersyarat seperti mana juga sokongan UMNO kepada Muhyiddin suatu ketika dahulu.

Tegas beliau, Perdana Menteri setakat ini telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara di sebalik kekangan kewangan kerajaan dan tekanan politik pelbagai pihak yang berkepentingan.



Kata Nazir Hussin, tentulah dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor ini, Bersatu rasa tersepit dan terhimpit dengan keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama.

“Namun ini bukan isu baharu. Sebelum Bersatu menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pun UMNO telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya.

“Justeru faktor ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyerang Perdana Menteri.

“Kata orang jangan lain yang bengkak, lain pula yang bernanah,” ujar beliau.



Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang



Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker