Menteri akan bentang kad laporan pencapaian 100 hari kepada rakyat – Ismail

Menteri akan bentang kad laporan pencapaian 100 hari kepada rakyat – Ismail

Ahli Jemaah Menteri diarahkan untuk mengumumkan kad laporan pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari kepada rakyat, bagi menilai pencapaian prestasi menteri dan kementerian demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi tersebut bagi setiap Ahli Jemaah Menteri sebagai keutamaan tertinggi bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat.



“Dalam hal ini, Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) akan bertindak sebagai penyelaras bersama.

“Ia bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan setiap aspirasi Keluarga Malaysia oleh Ahli Jemaah Menteri dapat dijayakan dengan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata, prestasi setiap Ahli Jemaah Menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama iaitu Penilaian Prestasi Kementerian atau Jabatan, Penilaian Kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan Kementerian atau Jabatan di bawah tanggungjawab mereka.

Katanya, semua senarai aspirasi dicadangkan tersebut telah dimuktamadkan bersama kesemua 31 Ahli Jemaah Menteri menerusi sesi yang diadakan pada 24 September dan 29 September lalu.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Menteri akan bentang kad laporan pencapaian 100 hari kepada rakyat – Ismail




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker