Ambulans bertembung treler, pembantu perubatan maut

Seorang pembantu pegawai perubatan maut, manakala pemandu ambulans parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan treler, dalam kejadian di Kluang, Johor, malam semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Aidil Hamidun, 27, manakala yang parah pula ialah Othman Ghafan, 50.

Kejadian kira-kira jam 8 malam di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam itu dipercayai berlaku ketika ambulans terbabit dalam perjalanan membawa pesakit dari Machap ke ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Kemalangan turut menyebabkan dua pesakit wanita yang belum dikenal pasti identiti dan pesakit lelaki dikenali sebagai Sukiman Hassan, 59, mengalami kecederaan namun pemandu treler berusia 35 tahun itu dilaporkan selamat.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Razali, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi turut mendapati berlaku kebakaran kecil di bahagian hadapan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) itu.

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu memadam kebakaran itu menggunakan alat pemadam api,” katanya menurut Harian Metro.

Rahim berkata semua mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar HEBHK untuk rawatan lanjut.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.24 malam,” katanya. FMT

Ambulans bertembung treler, pembantu perubatan maut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker