‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen



‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen

“Bergurau itu tidak salah tapi jangan sampai berlebih-lebihan.”

Itulah ungkapan yang dilontarkan oleh rata-rata pengguna media sosial setelah melihat sebuah rakaman yang dimuat naik oleh @mirulbae yang memaparkan tindakan sekumpulan remaja bersama seorang ‘wanita’ bersuara jantan sedang bergurau senda antara satu sama lain.

Lebih menjadi perhatian, apabila rakaman tersebut dibuat berlatarkan sebuah masjid yang dianggap tempat suci tetapi dicemarkan dengan konten generasi muda yang kurang sensitif dengan keadaan sekeliling.

Sementara itu, ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi dan kecaman terhadap prilaku kurang sopan itu.




“Ilmu kurang tak apa, adab kena jaga,” kata @Gamat .

“Aku cuma agak sedih, depan masjid mereka buat gurau macam itu,” ujar @Pie.

Selain itu, ada juga pengguna yang memohon agar mereka ini segera bertaubat dan kembali ke jalan Allah.

“Tuan, puan, dah tengok berita berlaku puting beliung di Perak? ini antara kenapa terjadinya musibah, bertaubatlah,” ujar @CEO TRADING FX.

“Minta maaf pada Allah, bertaubatlah,” luah @user6095.




Dalam pada itu, video terbaru yang dimuat naik oleh pemilik akaun yang sama menyaksikan permohonan maaf daripada sekumpulan remaja tersebut dan akui tindakan yang dilakukan telah menyinggung perasaan banyak pihak.

Menerusi rakaman tersebut juga, mereka menjelaskan bahawa video itu diambil di sebuah dataran rekreasi yang kebetulan berada di hadapan masjid. K Online

‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.